PERASMIAN


~BALQIS~


Tarikh : 27 April 2013
Mood : Excited lepas selamatkan dua ekor burung. Rasa seperti seorang adiwira.



Ehem... testing, testing.... testing one, two, three.


Baiklah.


Di hari yang mulia ini, saya dengan sukacitanya merasmikan blog Diari Merah ini.


*potong reben sambil pandang kamera*

*senyum*

* orang ramai tepuk tangan*


Blog ini merupakan kesinambungan daripada buku merah yang telah dilancarkan pada tahun 2009. Jadi sila lah buat apa yang patut. Macam tak biasa.

Silalah update terutamanya bila semua dah bersepah atas muka bumi ni. Just in case, kalau ada yang tukar  nombor phone atau apa-apa, sampai lost contact, at least kalau ada post, kitorang tau la sama ada korang masih hidup ataupun dah selamat jalan ke dunia satu lagi.


Ok.


Anda juga dijemput untuk baca post-post sebelum ni. Setiap perkataan yang tertera pada setiap entri adalah 99.9% daripada buku. Ejaan dan penggunaan kata tidak diubah sama sekali. Kalau nak komen, guna nickname masing-masing ok.  Dan sila isi ruangan belah kanan blog. Jangan gaduh-gaduh siapa atas siapa bawah. Kalau tak puas hati sila main osom atau lattalilat  untuk tentukan kedudukan anda. Oh ya. Kalau nak design blog ni, nak tambah apa-apa atau buang apa-apa (entri tidak boleh dibuang), buat lah. Suka hati. Buat macam rumah sendiri.


Kenapa blog ini dinamakan diari merah? Hmmm. Saja. Nak ada feeling-feeling 'dear diary' kononnya. Hehehe. Buku Merah tak cool.




Akhir kata, selamat mengenali dirimu yang dulu! (Muahaha)






ps : Sebarang pertanyaan atau bantuan kecemasan, sila hubungi saya di facebook. Sekian *wink*



-karepan-


No comments: